Saturday, April 3, 2010

Titipan Doa



Seorang mujahid islam pernah berkata 'Aku ibarat anak panah dakwah, lemparkan aku kemana sahaja, disitulah aku berjuang.!!' Ya Allah, aku berlindung dari segala fitnah yang nyatanya tidak menguntungkanMu dan juga agamaMU.

Friday, May 15, 2009

Kalau Dahi Tak Pernah Mencecah Sejadah Dunia



Anda pasti pernah mendengar kata -kata ini di radio ikim.Sekali lagi saya catatkan kata-kata tersebut di blog ini. Hanya sekadar renungan kita bersama.Ingatlah duhai sahabat,kita dijadikan di dunia ini ada sebabnya.
Renungkan kembali dari mana kita datang dan kemana kita pergi selepas kita didatangkan kedunia..Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia..melainkan ada ganjaran dan hikmah kita sebagai manusia dan khalifah Allah di bumi ini..Apakah kita sudah bangga akan diri kita?? tapi ingatlah ada juga ganjaran untuk kita kalau dahi tak pernah mencecah sejadah dunia..


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedia
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah


Dengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah,
Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan keretaKondominium, saham dan niaga.Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

Saturday, November 29, 2008

Pesanan Sahabat Kepada Sahabat


Salam ku ucapkan buat sahabatku yang kini merantau jauh....

good luck for your exam....

( Peringatan Bersama )

Jangan kau lalai dan leka dengan urusan dunia..
kerana ia sementara....ingatlah ..akhirat kekal abadi
jangan kau kandas dalam perjuangan
ingat lah tekad kita utk berjaya dalam perjuangan
jangan kau undur walau setapak
teruskan perjuangan mu

aku sentias berada disamping mu utk menyemarakkan api perjuangan yang kita tekad kan bersama

andai kau tewas di medan perjuangan
jangan la kau hampa
ia adalah satu ujian

yakin kan dalam diri
kuatkan semangat yang kental
kau boleh
begitu juga aku
ikrarkan kembali semangat2 kau sebelum kau melangkah dahulu
kau tidak akan memilih jalan ini jika kau benar-benar tidak sanggup menghadapinya
sahabat

aku sentiasa bersama mu
insyallah kita akan bertemu lagi...setelah perjuangan selesai

Perjuangan x kan selesai selagi islam x di julang !!!





Ketewasan Melanda Sahabat

Hari ini aku telah tewas dengan godaan dunia wahai sahabat...aku harap kau tidak mengikut jejak langkah ku,

sahabatku...hari ini aku telah tewas dengan nafsu ku....
aku harap kau tidak begitu...

wahai sahabat...beri la aku semangat baru...utk aku melangkah maju kehadapan...
dan takkan pandang ke belakang walau selangkah...

titik permulaan kita disini...dan kita akan akhirinya disini...dengan kejayaan
bukan kehampaan...

sahabatku...
aku hanya luahkan kepada mu sahaja ...
aku x mampu bertahan lagi....
kau bantu la aku...
sehingga bertemu kembali,,,

selamat.......






Keyakinan Sudah Tiba,Semangat Sudah Hadir...

Hari ini aku mula berasa yakin wahai sahabatku..aku melihat kejayaan di depan mata ku ...
aku berazam untuk mendapatkanya
bagaimana dengan mu wahai sahabat..aku sedang meniti hari2 perjuangan dalam hidupku..
aku ingin mencapai matlamat yang telah kita ikrarkan bersama..walaupun ku tahu banyak
rintangan dan cabarannya
setakat ini dulu sahabat...bertemu di lain hari..

akhir kalam,
pesananku buatmu .. Bila Kau Letih & Hilang Semangat,Allah Tahu betapa kau telah
mencuba sedaya upaya.Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan..ingatlah Allah setiap
masa.Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu..Allah setia disisimu.Bila kau telah
mencuba segala-galanya & tidak tahu tujuan,Allah ada jalan penyelesaianya..jadilah hamba yang
paling yakin dengan doa & paling redha dengan ketentuan Allah...


wasaalam.




Yang benar
Kisah Dua Sahabat Yang Saling Berukhuwah
Penulis singkapkan dengan Izin tuannya

Semoga Ukhuwah Terus Berkekalan


Pesanan al-Qamah kepada anaknya


Sekadar Gambar Hiasan



Pesanan al-Qamah kepada anaknya,

ANAKKU, jika kamu berasa perlu untuk
bersahabat dengan seseorang, maka
pilihlah yang mempunyai sifat ini,iaitu
jika engkau melayaninya, ia suka
melindungimu;jika engkau menjadi
sahabatnya, dia akan menjadi hiasan
bagi dirimu dan jika engkau dalam
keadaan kekurangan nafkah, dia akan
mencukupkan keperluanmu.

PLILIHLAH sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan
jasa baik atau bantuanmu,lalu dia
memberi dengan rasa terharu;jika dia
melihat kebaikan yang timbul dari
dirimu,dia suka menghitung-hitungnya
dan dianggapnya sangat berguna,
sementara jika dia mengetahui
keburukan dalam dirimu lalu dia
menutupnya.

PILIHLAH sahabat yang jika engkau
minta sesuatu daripadanya, dia pasti
memberi;jika engkau diam, dia mula
menyapa dahulu dan jika ada kesukaran
dan kesedihan menimpa dirimu,dia pasti
membantu,meringankan serta
menghiburkan.

'SEMOGA BERTEMU SAHABAT
SEJATI'

Kembara Hidup

Kembara Hidup Bermula Dengan Kelahiran Hinggalah Ke Liang Lahad...